Kring!!!!!!!!!!
Loceng menandakan waktu rehat berbunyi betul-betul membuatkan aku terkejut, mana tidaknya dah seminggu loceng azimat nie tak memekak di hulu telinga ni. Begitu cepat 45 minit waktu mata pelajaran Bahasa Melayu berlalu. Selepas Cikgu Huda keluar dari kelas, aku sibuk memasukkan buku-buku didalam beg. Terasa macam aku terlupa sesuatu.
Oh! Terlupa aku. aku ada date dengan Cikgu Huda, hehehe.
"Ayu, kau tunggu aku dekat kantin ek, nanti aku datang, aku ada date dengan Cikgu Huda kejab.
"Yer lah, jangan lambat, aku lapar nie, kalau kau lambat maknanya double, riang hati Ayu.
"Ok lah, double pun double lah, janji kau tak marah dekat aku lagi.
Semasa aku bergegas keluar dari kelas, macam ada seseorang memerhatikan aku,
Aku cuba mengelak dari bertentangan dengan budak baru tue, matanya yang kebiruan pasti membuatkan hati mana-mana gadis tak keruan. Aku teruskan langkahku ke bilik guru, tertanya-tanya kenapa aku dipanggil oleh Cikgu Huda.
Tok!! Tok!!
"Boleh saya masuk cikgu?
"Masuklah, saya memang tunggu kamu nie, ada benda sikit nak bincang dengan kamu, tenang je muka Cikgu Huda yang kiut, maklumlah Cikgu yang baru lepas kahwin, mestilah berseri.
"Ain, saya nak ucapkan takziah diatas pemergian ibu kamu, diharapkan kamu tabah dan terus berusaha didalam hidup demi masa depan kamu yang cerah.
"Terima kasih cikgu, insyallah saya akan buat yang terbaek demi masa depan saya dan berjanji akan buat arwah mak saya bangga dengan saya.
Oh ibu, engkau lah ratu hatiku, akan kusemadikan dikau didalam hati ini buat selama-lamanya. Kasih sayangku hanya untukmu, ingatan tentang ibu kembali menerjah bila mana Cikgu Huda menyebut tentang ibu yang telah pergi selamanya.
"Ain, sebenarnya ada perkara lain yang saya hendak bincangkan dengan kamu, lagi 2 bulan sekolah kita akan menjadi tuan rumah pertandingan berpidato, saya harap aku boleh tolong saya dapatkan seramai 20 orang sukarela untuk membantu saya membuat persiapan untuk pertandingan tersebut, saya percaya dan berharap kepada kamu, rayu Cikgu Huda.
Sememangnya Ain adalah murid kesayangan Cikgu Huda, mana tidaknya, Ainkan pelajar terbaik sekolah dan sering menjadi buah bicara guru-guru di sekolah.
"Tapi Cikgu, saya tak pernah arrange benda-benda macam nie, muka keliru ain membuat Cikgu Huda ketawa kecil.
"Hehehe, Ain, kamukan pelajar cemerlang, kamu mesti tahu macam mana nak handle semua ini, jangan risau saya ada dibelakang kamu, kalau ada apa-apa masalah kita bincangkan bersama.
"Oklah Cikgu, saya terima tugas ini, kalau ada apa-apa masalah saya maklumkan kepada Cikgu.
"Macam tue lah, semangat sebeginilah yang cikgu nak semua anak murid cikgu terapkan, jangan cepat mengalah. Cuba dulu, kalau betul-betul tak boleh baru kita cari jalan penyelesaian.
Setelah 15minit berbincang dengan Cikgu Huda, baru aku teringat janji dengan Ayu, mesti muka dia dah macam Singa kat kantin tue.
"Cikgu, saya minta diri dululah kalau takde apa-apa lagi. Kalau ada problem nanti saya maklumkan dekat Cikgu.
"Ok, thanks coz willing to give me hands, diiringi dengan senyuman pipinya yang masih bertakhtakan lesung pipit.
Aku bergegas ke kantin, mesti budak Ayu nie lapar dan marah kat aku, habislah aku kena double up habuan untuk dia. Takpelah yang penting dia ok.
"Ya Allah, Ayu!!! Dah dua pinggan kau makan, kenapa tak tunggu aku dulu.
"Kau lambat sangat lah Ain, aku tak tahan nie, sorrylah ekk, tapi janji tetap janji.
"Kau nak makan lagi ke Ayu? orang kat Afrika mati kebuluran, aku takut kau nanti mati kekenyangan, ha ha ha ha ha.
"Banyaklah kau, aku nak claim balik kat kau nie, semuanya RM5, boleh tak? Kau kan dah janji dengan aku.
"Yerlah, nak ambik nie.
Senyum lebar Ayu bila aku menghulurkan note RM5.
"Marah lagi tak? saja je aku nak test dia.
"Tak marah dah. Senyum Ayu sambil mengembangkan muka dia yang dah sememangnya kembang.
"Ain, ada orang tue asyik pandang ko je lah.
"Sapa? kau ni saje je buat cerita, dia pandang ko kot.
Masa aku sampai kat kantin tadi aku dah perasan ada orang pandang tapi malas nak ambik port, boleh plak si Ayu nie perasan plak.
"Alah budak baru tue lah, dia suka kat kau kot.
Meluat aku tengok muka si Ayu, tergedik gedik.
"Alah dia pandang kau kot, ko kan comel.
"Kau nie saja nak sakitkan hati aku lagi, berubah muka Ayu dari comel ke merah-merahan.
"Alah..alaa..alaaaa...Aku gurau je, aku pun perasan jugak, tapi biarlah. Aku pun bukannya kenal dia pun. Lantaklah, yang kau nie makan tak perlawa kat aku sikit pun, cakap best friend.
"He he he he, lupa plak, aku kalau bab makan nie susah skit nak ingat orang, takkan kau tak faham-faham lagi, cakap best friend.
"Waaaaa..pandai kau kenakan aku balik ek? tergelak besar Ayu bila dapat kenakan aku.
Jam dah menunjukkan 10.15pagi, waktu rehat pagi dah nak abis, aku pun ajak Ayu ke kelas.
Sekejab je masa berlalu hari nie, petang nie aku balik naik bas sendiri, malas rasanya nak menyusahkan Abg Hadi untuk jemput aku. Ayu ajak aku tumpang dia balik, tapi aku menolak disebabkan aku nak ke POPULAR di Terminal One Seremban sekejab, dah lama tak beli Novel hasil nukilan Lysa Allysa.
Last aku baca hasil karya beliau bertajuk "Jiranku, Kekasihku", dah 2 kali aku ulang baca mesti tak jemu, betul-betul menikan kalbu.
"Assalamualaikum, tumpang tanya, macam mana nak cari bas pergi ke Taman Permai?
Macam pernah aku dengar suara mamat nie pagi tadi. Tapi siapa ek?
Aku menoleh kebelakang dan tak sangka betul jangkaan aku. Dia lah gerangan tuan punya suara tue.
No comments:
Post a Comment