Wednesday, December 22, 2010

Aku & Dia Part2

Hei adik manis!!!

"Siapa yang panggil aku nie, nak toleh ke tidak, tak payah lah lagipun aku bukannya adik manis pun..Aku adik cantik.Hehehehe" gelak hati kecilku.

Sombongnya adik manis nie..dah lah seminggu tak datang, sombong pulak tue. Yelah siapa lah kita nie kan.
Kedengaran suara manja dari Ayu kawan baikku.

Oh! kau ayu, ingatkan sapa lah tadi. Ko pun lambat datang ker? soalku.
"Aku sakit perut lah ain, pergi toilet kejab, tak tahu lah apa kes perut nie buat hal pagi-pagi nie, keluh ayu.
"Hahahahaha, tue lah lain kali makan tue beragak-agak skit, ni tidak apa yang ada kat atas meja kalau boleh kau nak habiskan.
Ayu dengan selamba berlalu.
"Ayu sorry lah, takkan gurau pun tak boleh, pujukku setelah ayu seperti terguris dengan kata-kataku.
"Ye lah aku kan gemuk, tak cantik macam kau, sapa yang tak kenal Ain budak kelas 5 A yang paling lawa dan hot sekolah nie, apalah sangat dengan aku yang gemuk dan pendek nie, nada merajuk Ayu.
"Dah lah tue, nanti tengah hari aku belanja kau ok? pujukku, manalah tahu jerat nie menjadi.
"Oklah, sebab kau nak belanja aku, aku maafkan kau, terpancar senyuman dari muka ayu bila aku offer makan tengahhari. Dah aku gak itu lah cara yang paling berkesan kalau nak pujuk budak sorang nie.

Assalamualaikum & Selamat pagi cikgu.

" Waalaikumsalam & Selamat pagi, jawab cikgu Huda.
"Sila duduk semua, ujar cikgu Huda.
"Kelas pagi ini kita akan dapat kawan baru, namanya Haikal.
"Haikal kenalkan diri kamu kepada kawan-kawan dikelas, arah cikgu Huda lagi.

Semua orang tertumpu kepada budak baru nie, Haikal namanya, handsome, smart, tinggi dan putih macam mat saleh. Lebih - lebih lagi kawan aku yang montel nie si ayu, tak berkelip-kelip mata dia memandang Haikal.
"Wei, dah lah tue, takkan mamat tue pun ko nak makan, saja je aku berseleloroh dengan Ayu.
"Biarlah aku nak makan dia ke nak apa ker, ko sibuk apasal, ko tak perasan ke dia nie kiut gila.
Walaupun Ayu nie montel boleh tahan jugak taste dia. kata hati kecilku.

"Assalamualikum semua & Salam Sejahtera.
"Nama saya Haikal dan berasal dari Manjung, Perak, sebelum nie saya bersekolah di London.
"Saya anak tunggal dan sekarang tinggal di Taman Permai, saya berharap agar kawan-kawan dapat memberi tunjuk ajar kepada saya.

"Terima Kasih Haikal, kamu boleh ambil tempat duduk didepan bersama Amirul, arah cikgu Huda.
Boleh tahan jugak mamat nie, tapi kenapa aku tiba-tiba rasa macam ada something je ngan mamat nie.
Siapakah dia, kenapa dia pindah kesini? Dia ada masalah ke di London? Apa pekerjaan ibu-bapa dia?
Lamunan ku terhenti bila cikgu Huda memanggilku.

"Ain, nanti lepas kelas jumpa saya di bilik guru, tegas cikgu Huda.
Apasal cikgu nak jumpa aku nie, aku ada buat salah ker? mintak-mintaklah takde apa-apa yang buruk yang akan cikgu Huda sampaikan.

Aku & Dia Part 1

Pon.pon..pon..

Aku terkejut dengan bunyi hon dari bawah. Oh tidak!! Jam sudah menunjukkan aku sudah lewat untuk ke sekolah. Selalunya mak yang kejutkan aku. Aku terlupa yang mak telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya setelah terlibat didalam kemalangan di Melaka. Sedihnya hati ini disaat ku sangkakan awan yang terang tiba-tiba menjadi gelap, mana tidaknya dihari yang kutunggu-tungu untuk menerima anugerah pelajar terbaik peringkat Negeri dibaluti dengan pemergian ibunda tercinta. Salahkah aku!! Aku yang memaksa ibu untuk cepat pulang dari Melaka bagi menghadiri upacara penyampaian anugerah itu. Aku berasa serba salah di atas kejadian yang menimpa ibuku. Sudah seminggu aku tidak ke sekolah, hari ini aku lewat buat kali pertamanya didalam sejarah hidupku. Ibu!!!!!! teriak kecilku.

Tok!! Tok...

Pintu bilikku diketuk oleh seseorang. "Siapa tue? tanyaku.
"Abg nie, kau tak pergi sekolah ke dik? kedengaran suara abgku Hadi menanyakan ku..
"Adik terlambat bangun lah abg, abg tolong hantar ke sekolah ye, sahutku.
"Yer lah, cepat siap..abg tunggu dengan Kak wati dibawah, lembut nada dari abg hadi.
Apalagi tak tentu arah aku dibuatnya, nampaknya mandi kerbau lah aku hari ini.
"Loceng nie dah tahu aku kena ke sekolah kenapa buat hal pulak, ngomel kecilku.
Aku bergegas ke bilik air dan hanya menjamahkan badanku sedayung dua untuk mengelakkan masa yang selalu mencemburi kehidupan ini.

Abg jom cepat hantar ain kesekolah, ain dah lambat dah nie.
"Tue lah, abg dah pesan semalam jangan lewat tidur kan dah lambat, ngomel abg hadi.
"hehehehehe,padan muka ain kena marah, gelak kecil dari kak wati.
"Alah abg nie pagi-pagi dah spoilkan mood adik, nada merajuk dari ku.
Abg hadi bergegas ke pintu kereta Toyota Camry-nya dan menghidupkan enjin.

Vroomm!!!
Kami meluncur laju ke sekolah ku dan jam didalam kereta menunjukkan pukul 7.20pagi. Ini bermakna aku punya kira-kira sepuluh minit lagi untuk sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi.
Alhamdulilah aku sampai on time, dan pegawas di pintu pagar sekolah tersenyum kepadaku.
"Terima Kasih, nanti petang ain balik sendiri ok? senyumanku membuatkan abg hadi hanya menganggukan kepala.
"Awal ain datang hari ini? perli amirul. Amirul rakan kelasku yang ditugaskan pada hari itu untuk menjaga pintu hadapan sekolah.
Uwekkkk!!!! benci aku dengan mamat nie. Setelah seminggu aku tak datang ke sekolah, pagi-pagi dah sakitkan hati aku. Macam lah dia tue bagus sangat. Tahulah pengawas sekolah. Aku berlalu pergi meninggalkan mamat yang poyo tue.